Tuesday 8 December 2009

En Zulkiflee bin Shariff



Beliau adalah seorang setiausaha kokurikulum di SMK Jabi,Pokok Sena, Kedah. Beliau seorang yang rajin serta komited tentang kerja. Jika ada apa yang tidak faham beliau akan bertanya. Hubungan beliau dengan saya amat akrab, setiap hari kami herhubung melalui telefon dan juga YM (Yahoo Messenger ).

Tiap hari beliau membuat pengisian rekod pemarkahan kokurikulum pelajar secara solo dari tahun 2007 hingga ke tahun 2009. Apabila siap, beliau akan email data kokurikulum tersebut kepada saya untuk saya buat analisis. Amat mudah, selain boleh dijadikan sebagai sandaran jika berlaku kerosakan komputer, membuat backup ke email merupakan 1 kaedah mudah dan murah.

Saya telah melihat hasil kerja beliau dan sangat memuaskan. Bayangkan beliau membuat sendiri pengisian maklumat permarkahan pelajar dari Tingkatan 1 hinggalah ke Tingkatan 5 secara solo untuk tahun 2007 hinggalahke tahun 2009 dalam masa sebulan. Beliau mengakui amat mudah membuat pengisian markah. Cuma isi dan sistem akan membuat pengiraan markah, gpa, cgpa, sijil serta mengeluarkan analisis.

Beliau merancang untuk menggunakan SPAKS sebagai sistem kehadiran berkomputer kokurikulum sekolah mulai tahun depan dengan menggunakan barkod.

Tahniah kerana beliau berjaya membuat pengisian maklumat tanpa sebarang masalah.

Telefon beliau:012-4253852

En Halim bin Omar



En Halim bin Omar adalah seorang Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Puncak Alam. Beliau seorang guru yang rajin dan amat berminat dengan sistem penyimpanan maklumat berkomputer. Beliau telah berusaha menjemput semua sekolah menengah dalam daerah Kuala Selangor untuk mendengar taklimat mengenai program SPAKS. Hasilnya banyak sekoolah dalam daerah Kuala Selangor yang telah menggunakan SPAKS.

Saya telah memberi banyak tip serta panduan kepada beliau mengenai SPAKS,dan oleh kerana beliau berminat beliau dapat menguasai SPAKS dengan mudah dan banyak membantu sekolah - sekolah yang tidak faham mengenai operasi SPAKS.

Kami merancang supaya data kokurikulum ini dapat dihantar ke PPD menggunakan email dalam sedikit masa lagi. Jika ini menjadi kenyataan, sekolah hanya perlu email beberapa fail dan PPD akan import maklumat ke pangkalan data unit kokurikulum PPD.

Jika ada apa-apa pembaharuan saya akan maklumkan kepada beliau untuk disampaikan segera kepada rakan-rakan yang telah menggunakan SPAKS.

Telefon beliau 0192020389